LJM milik kami.


100% LULUS LJM


LJM adalah nama singkatan pada Lembaga Jururawat Malaysia yang mengeluarkan 'Lesen' kepada pelajar kejururawatn untuk memberikan khidmat mereka dalam negara Malaysia ini. Kesimpulannya, kalau LULUS sahaja boleh kerja. Kalau tak lulus walaupun ada segulung diploma atau ijazzah tetap tak boleh kerja. Tengok, susah tak susa budak-budak jururawat.-_____- 



LJM milik kami.

Dengan satu suara,
kita serupa, walau berbeza
Genggam semangat waja
kita langkah bersama
"Tempuhi LJM bersama"

Masih terngiang-ngiang lagu semangat Group 1/09 Kolej Sains dan kejururawatan Pantai, Subang Jaya. Tak terkata biler dapat tahu kesemua 82 pelajar dalam Group 1/09 LULUS dalam peperiksaan LJM. Ya, 100% LULUS. Kami dah buktikan kami boleh berjaya walaupun kami memang banyak buat masalah. 

Hanya bulan dan bintang boleh menjadi bukti kejayaaan kami!
Ya, bulan dan bintang :) <3

-________- 

 Bukan bulan dan bintang. Hanya status Fb menjadi bukti. 













Sebenarnya, banyak lagi status yang telah di-post atas kejayaan itu. Tapi, itu adalah ucapan tahniah dari orang besar dan orang terpenting dalam mengapai kejayaan tersebut.

<3

Walaupun hal ini dah lama berlalu dan sudah terlambat hendak cerita kembali sebab ia tak sepanas pisang goreng di tepi jalan dah, tapi, aku just nak kekalkan ia dalam ingatan aku. Sebab satu hari nanti aku akan terkenang sendiri kejayaan dan cerita-cerita aku. Aku tiada diari nak catat kan semua, dan aku bukan lah sebijak profesor yang akan engat sume, aku buat ini sebab aku seorang pelupa dan mudah hilang ingatan. Aku amat bangga dengan kejayaan ini. Aku sayang mereka-mereka ini.!




TAHNIAH 1/09 




























Lama dulu saya busy.



Assalamualaikum,




Alhamdulillah, Penat sungguh menjadi seorang Pensyarah di Kolej Kejururawatan. Masih tak hilang penat. Dan sebab itulah aku sudah lama tidak menghiasi blog ini dengan cereka-cereka baru. Sekarang tidak lagi :) Sebab aku dah banyak sangat duet sampai tak tahu nak buat apa dengan gaji aku sebagai pensyarah, aku letak jawatan. So, sekarang aku dah boleh hidupkan kembali blog ini!!


:)


okay, aku tipu.
Aku hanya seorang Pelajar Kejururawatan.

Alhamdulillah;

Selesai semuanya. Tamat sudah peperiksaan yang paling-paling bermakna dalam hidup aku sebagai seorang pelajar kejururawatan. It's was called as LJM, Lembaga Jururawat Malaysia! So, saya dah boleh kerja!! LJM adalah lesen untuk pelajar jururawat bekerja. Kalau tak lulus tak boleh keje.





2132, It's me!

Itu adalah result Peperiksaan Percubaan. Alhamdulillah, aku Lulus kesemuanya, Paper1 ( objektif), paper2 (esei), dan Osce. Walaupun ramai juga yang kandas, tapi, itu hanya peperiksaan Percubaan. Dan, Kami semua lulus dalam Peperiksaan Akhir kolej. Dengan itu, segenggam ijazah dalam tangan. Er, diploma -____-


DENGAN INI,
Saya, Maisarah binti hussain bernombor kad pengenalan 9010030661**,
 Dengan Sukarelanya Telah Meletak Jawatan Sebagai Seorang Pelajar!!

P/s; Kini, sedang telah diambil bekerja sebagai penanam anggur di Taman Cheroh Murni, Raub. ( Sedang Tunggu di panggil kerja) nak kerja sambilan my parent tak kasi. :'( .Nak update blog sampai lebam lah.








Ajal maut di tangan Allah :'(


Bangon pagi dan serta merta aku akan menghadap laptop kesayangan lepas buat semua kerja-kerja rumah.
Facebook, FB, Facebook, FB, Facebook, FB. Membosankan.

Tapi, sesuatu yang membuatkan aku terkejut. YA, itu junior aku semasa kat Sarawak dulu. Ya Allah. Menitis air mata aku membaca semua status dan komen orang ramai. Memang besar ujian dan dugaan yang di terima. Semalam adalah kali terakhir bersama. Semua pergi begitu saja :'( 















Hm, betol. Jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah. Semoga roh di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL- Fatihah.

Letih


Aku letih dan rasa ingin demam. Naseb baik Panadol dan selimut banyak membantu aku.

Seriously, badan rasa panas. Seram sejuk dan rasa ingin keluarkan semua isi perut.Ya Allah. Aku harap aku dapat bertahan. Sebab sekali aku muntah, aku akan terus muntah. Ya, itulah aku. Maybe aku terikut mak aku, senang nak muntah. Pening dan sakit belakang, menyeksakan. Kenapa? Maybe sebab keadaan cuaca atau sebab aku lemah, terlalu letih. 

Terima kasih selimut dan panadol. Doakan aku cepat sembuh.



wordless wednesday









Two Fingers, Me and You. Ya, its LOVE

salam maaf dari aku dan tunang



Assalamualaikum.

Akhirnya suma selesai. Alhamdulillah aku LULUS dalam Trial. Walaupun hanya Trial Diploma tapi cukup menyenangkan. Dan sekarang aku da selesai Final. Sedang senang melenang di rumahku, RAUB :)

Kali keduanya.
Oh ya, aku juga sekarang sangat senang untuk men'update' apa yang telah aku tinggalkan. Banyak sangat yang aku nak share dan macam-macam jugak yang aku tak tahu sal dunia blogger ini.

Kali ketiganya
Oh, aku sudah di gelar MAK SU. Ya, dah dapat anak sedara ( yang pertama ). Tak tahu lah apa perasaan aku. Hanya orang yang kenal dan fahami aku je apa yang aku rasa =.="
Dan, oh ya, si dia adalah Qisya Nur Azzalea Binti Muhammad Halmi. Gambar si kecik sedang dalam proses.

Kali keempatnya,
Salan maaf dari aku dan tunang, lama tak meluahkan perasaan kat blog usang ini. ( ehemm, ini akan di cerita di kemudian hari)

Oh, dikesempatan ini, rasa nya tak terlambat untuk mengucapkan;








perempuan






Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik dimatamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka ALLAH ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya akan menjadi milikmu seorang. Aku tidak akan merasa bangga menjadi rebutan lelaki. Bahkan, aku merasa terhina deperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. - anonymous


Aku amat kagumi kau anonymous. Aku harap aku dapat jadi seperti kau. Jaga segala adab dan maruah. Terima kasih kerana nasihat dan sudi menjadi penegur sekiranya aku melakukan kesalahan.




<3
Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT © 2012 HAK MILIK TERPELIHARA Maysaraa Hussain