Air Mata


Bila baca cerita sedih. Air mata mengalir. Aku menangis
Itu kerana aku ada dalam cerita itu. Aku pernah lalui semua itu. Dan aku rasa itu semua.
Cerita itu.

Aku bukan seorang yang lemah.
Tapi, kadangkala bila kita sudah terlalu jadi kuat. Kuat untuk memujuk hati jadi kuat. Kita kalah.
Air mata bukan semata-mata kerana lemah, tapi melebihi tahap kuat.

Aku lemah bila soal hati, keluarga, dan apa yang Tuhan bagi pada aku, dipersoalkan.
Aku jadi sangat lemah. Itu kekurangan aku.

Pernah aku mempersoalkan? Pernah aku ganggu hidup kamu?
Kenapa semua yang kita ada perlu dipersoalkan.
Aku tak se'perfect' kamu kamu diluar sana.
Tolonglah. Kalau aku diam, bukan beerti aku rela. Aku diam kerana aku penat.

Air mata. Aku lemah sekali lagi.

Kamu





Dunia


Duit berkepok, Rumah banglo, Kereta berjutaan, Barang-barang berjenama.
Sume yang dikejar. Sume yang sanggup bergadai untuknya.
Sampaikan, yang wajib itu, yang utama itu, yang halal itu ditinggalkan.

Yang halal jadi haram.
Yang wajib jadi dosa.

Oh Duniawi.

Sume tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Cukuplah dengan rezeki yang diberi olehNya. Jangan sebab itu semua, diri sendiri jadi merana, diri sendiri tidak terurus. Hati rasa tak tenang. 

Engat.
Semua kemewahan yang datang dengan sekelip mata juga boleh pergi sekelip mata. Pesanan ini bukan untuk sape-sape, untuk aku juga. Sebab di kotaraya semua yang mustahil boleh menjadi kenyataan. 

Semuanya di Kuala Lumpur. 
Kalau boleh aku nak lari dari sini. Lari dari duniawi.

Lahir


3 Oktober 2012

Happy birthday to me! 22 years old already ma. Sume orang akan eksited sangat biler birthday kan. Memang eksited sangat. Dah 22 tahun berlalu. Seingat aku dah 15 tahun tak sambut besday sendiri kot. Maybe memang kitorang tak biasa meraikan hari lahir. Erti kata lain, hari lahir just untuk budak kecik, boboy and gegirl.


Hari itu, tak lah sehappy mana.
Bagi aku besday itu adalah macam hari-hari biasa. Biasa.


Kita memang menginginkan sesuatu. Tapi ada ke orang yang betul-betul faham isi hati kita?
Biarlah semuanya berlalu. Kalau boleh aku nak padam hari lahir dari hidup. Aku taknak mengharap. Sebab aku tahu yang saket nanti aku.




Masih ada yang mengingati hari itu. Terima kasih sume.









Aku kerinduan

Sah, memang aku rindu. Rindu yang teramat
Malam termimpi, siang terngiang-ngiang di fikiran.

Aku rindukan mu,
Rindu ingin meluahkan semua perasaan dan suka duka yang ku alami

Aku rindukann mu wahai blog.
Aku janji akan kembali berkongsi dan meluahkan sakit, perit, airmata dan gelak tawa bersama mu.

Aku janji.

Maaf, kerana aku
sibuk untuk mencari sesuap nasi
sibuk berbakti kepada negara.
sibuk melayan kerenah manusia yang berbagai ragam

Ya, sebagai seorang jururawat!

Selamat Tinggal sayangku

Pergi dan Kembali

Hampir 5 bulan dulu aku pergi.


Pergi meninggalkan kealpaan aku selama ini, pergi berbakti kepada negara. Aku perlu kuat. Kuat untuk mengharungi kebingitan telinga dek bebelan, kuat untuk menebalkan muka dek kerana diperbodohkan di khalayak ramai. Aku lemah. Ya, aku budak baru. Masih banyak perlu belajar. Aku bukannya manusia sempurna yang boleh melakukan apa saja. Aku manusia biasa yang bisa lupa.


Kini, 
Aku berani,
Pengalaman banyak mengajar aku. Aku kini berjaya membuatkan orang melihat aku dan percaya kan aku. Aku buktikan kemampuan aku. Aku bangga kerana dapat berkhidmat dengan mereka-mereka yang banyak mengajar.

TERIMA KASIH

Pengalaman di wad sw 27, wad lelaki kelas tiga hospital kuala lumpur :)
Aku merindui nya.




Kesadaran sangat bermakna.

‎Hlovate, " Jangan korang ingat seksi tu lawa...Jangan korang ingat kalau bagi perempuan seksi yang boleh pegang tarik bawak ke hulu ke hilir aku tak tolak...Aku tak suka." Keruh wajah Ked tika itu....Namun tone suaranya tenang penuh diplomasi. "Korang punya mindset aku respect,so please treat mindset aku dengan cara yang sama. Relationship bagi aku ada satu ending je.Marriage.Aku tak nak bawak awek lawa seksi ke hulu ke hilir buat teman sosial macam dah kawin,lepas tu nak kawin nanti cari lain pulak.Aku nak wife aku nanti yang tak pernah disentuh dipandang lelaki selain dari apa yang patut.Dan aku tak rasa patut untuk aku buat macam tu pada mana-mana perempuan yang bakal jadi isteri orang jugak satu hari nanti." 


Saya nak awak jadi macam ini, awak 'ked' saya!


:D
Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT © 2012 HAK MILIK TERPELIHARA Maysaraa Hussain