sony xperia z !


Entry ini bukan ditaja oleh mana-mana pihak. (Tak fames memang tak ditaja)

Hai blog.

Handphone terbaru yang direka cipta oleh Sony mobile.






"The specs on the Xperia Z are what we expected from the rumors. It will be a 5" 1080p display, a 1.5GHz quad-core Snapdragon processor, 2GB of RAM, LTE, a 2330mAh battery, and the highly anticipated new 13MP Exmor RS camera sensor. As we saw in leaked images, the Exmor RS camera sensor will allow for HDR video recording, and a newly announced feature is that it will also offer a 10fps burst mode at 9MP. The phone also has NFC and a microSD card for those of you looking for that. An interesting addition to the Xperia Z is that the phone will be water resistant to a depth of one meter. To achieve this, the Xperia Z has glass panels on the front and back, as well as plastic strips on the sides that cover the ports. And, they cover all of the ports from microSD card slot, to headphone jack, to microUSB. The phone will be running Android 4.1 Jelly Bean, which is part of the reason why the March release date is so disappointing, because that will be coming up on Google I/O and the expected announcement of Android 5.0, although Sony has promised an upgrade to 4.2 "soon after launch"-




 untuk lebih lanjut boleh lihat video di youtube. http://www.youtube.com/watch?v=gWysHOjl95E


Aku memang terpegun gila lah. Memang sangat Perfect. Sony xperia z ini bakal bersaing dengan iphone 5 dan samsung galaxy s3.  Adakah sony xperia z ini mampu menewaskan kedua-dua model telefon tersebut? Masih terlalu awal untuk simpulkan. 

Pasti tertanya-tanya harga permulaan. Saving awal-awal. Harga jangkaan Xperia Z adalah sebanyak RM2500, iaitu harga pasaran di europe. Huu, masih terlalu mahal. 


Adakah aku bakal memilikinya?

kenapa hilang ?

Hai. Assalamualaikum w.b.t

Lama menghilang. Bukan bermaksud benci. Jauh sekali.

Masa. 
Masa sangat sempit. Yelah, da bekerjaya.
Kini, aku bergelar Jururawat Terlatih U29. Memang sangat mencabar. Tetapi, rezeki Allah. Aku dapat penempatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, hospital yang baru beroperasi. Segalanya berjalan lancar. Sebab hospital ini tidaklah terlalu sibuk macam HKL. So, keja kat sini sangat relax dan yang tak best nya, pengalaman kurang. Tak da Emegency case!

Dulu-dulu aku ada banyak impian. Banyak wishlist.
Konon la dah bekerjaya. Tapi, aku rasa aku terlalu muda untuk bekerjaya. Rezeki Allah. Alhamdullillah. Aku dah memiliki apa yang aku impikan seusia muda.

ENTRY LAMA  - Tekan. sume wishlist dan apa yang akan berlaku.


  1. aku akan mendapat orang baru ( akak ipar yang juga kawan karib aku dulu)  - da dapat
  2. maybe akan mendapat anak sedara. InsyaAllah. - da dapat. Qisya Nur Azzalea
  3. YEAH! aku akan melucutkan jawatan aku sebagai pelajar. - Da jadi staffnurse
  4. bakal menjadi staff nurse. HUH. aku nak mintak kat hospital labuan( tak tahu dapat tak). - Tak dapat. sebab Family tak kasi. Dapat hospital Rehabilitasi cheras
  5. raya terakhir aku mendapat duit raya. coz 2012 aku da bekerja, so, aku pulak yang kene bagi duuiittt. - duet gaji habes bg kan sepupu sepapat!
  6. bakal memiliki sebuah kereta. (swift).ceh. kalau ada duit la. sebab nak beli teros kereta lepas komfom keje. - SUDA!!
  7. ingin pakai braces. (kalau diberi peluang) rasa macam best je belir tengok gigi cantik-cantik. - Now, im wearing Braces. colourful!
  8. mula mendapat gaji pertama. kira punya kira, ada dalam 2300 lebih. itu tak kira kalau aku kerja labuan. (dapat elaun wilayah). HAHA. dah boleh berkeluarga. ;p - belum lagi. Masih muda
  9. hope, dapat jumpa orang yang dapat buat aku tergelak, dan terima aku seadanya - InsyaAllah suda jumpa. Rahimy bin Abd Rahman.
  10. blog aku akan bertukar wajah! nantikannnn. - Da bertukar. Tetapi agak berhabuk. 


So far, aku memang bersyukur sebab dapat keja suda. Dapat balas jasa Mak ayah dan tolong Family. 

Wishlist akan datang;

  1. Handphone baru! - sony xperia Z. memang tergila-gila kannya.
  2. Beli rumah - 2 tingkat. Kalau ada rezeki lebih nak design rumah sendiri.
  3. Ada simpanan tetap untuk masa depan.
  4. Berkeluarga!!! - berkahwin dan bertunang dengan yang tersayang.
  5. dapat melanjutkan pelajaran - post basic

InsyaAllah. Kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Aminnn.

Hai blog, bye blog. 


Air Mata


Bila baca cerita sedih. Air mata mengalir. Aku menangis
Itu kerana aku ada dalam cerita itu. Aku pernah lalui semua itu. Dan aku rasa itu semua.
Cerita itu.

Aku bukan seorang yang lemah.
Tapi, kadangkala bila kita sudah terlalu jadi kuat. Kuat untuk memujuk hati jadi kuat. Kita kalah.
Air mata bukan semata-mata kerana lemah, tapi melebihi tahap kuat.

Aku lemah bila soal hati, keluarga, dan apa yang Tuhan bagi pada aku, dipersoalkan.
Aku jadi sangat lemah. Itu kekurangan aku.

Pernah aku mempersoalkan? Pernah aku ganggu hidup kamu?
Kenapa semua yang kita ada perlu dipersoalkan.
Aku tak se'perfect' kamu kamu diluar sana.
Tolonglah. Kalau aku diam, bukan beerti aku rela. Aku diam kerana aku penat.

Air mata. Aku lemah sekali lagi.

Kamu





Dunia


Duit berkepok, Rumah banglo, Kereta berjutaan, Barang-barang berjenama.
Sume yang dikejar. Sume yang sanggup bergadai untuknya.
Sampaikan, yang wajib itu, yang utama itu, yang halal itu ditinggalkan.

Yang halal jadi haram.
Yang wajib jadi dosa.

Oh Duniawi.

Sume tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Cukuplah dengan rezeki yang diberi olehNya. Jangan sebab itu semua, diri sendiri jadi merana, diri sendiri tidak terurus. Hati rasa tak tenang. 

Engat.
Semua kemewahan yang datang dengan sekelip mata juga boleh pergi sekelip mata. Pesanan ini bukan untuk sape-sape, untuk aku juga. Sebab di kotaraya semua yang mustahil boleh menjadi kenyataan. 

Semuanya di Kuala Lumpur
Kalau boleh aku nak lari dari sini. Lari dari duniawi.

Lahir


3 Oktober 2012

Happy birthday to me! 22 years old already ma. Sume orang akan eksited sangat biler birthday kan. Memang eksited sangat. Dah 22 tahun berlalu. Seingat aku dah 15 tahun tak sambut besday sendiri kot. Maybe memang kitorang tak biasa meraikan hari lahir. Erti kata lain, hari lahir just untuk budak kecik, boboy and gegirl.


Hari itu, tak lah sehappy mana.
Bagi aku besday itu adalah macam hari-hari biasa. Biasa.


Kita memang menginginkan sesuatu. Tapi ada ke orang yang betul-betul faham isi hati kita?
Biarlah semuanya berlalu. Kalau boleh aku nak padam hari lahir dari hidup. Aku taknak mengharap. Sebab aku tahu yang saket nanti aku.




Masih ada yang mengingati hari itu. Terima kasih sume.









Aku kerinduan

Sah, memang aku rindu. Rindu yang teramat
Malam termimpi, siang terngiang-ngiang di fikiran.

Aku rindukan mu,
Rindu ingin meluahkan semua perasaan dan suka duka yang ku alami

Aku rindukann mu wahai blog.
Aku janji akan kembali berkongsi dan meluahkan sakit, perit, airmata dan gelak tawa bersama mu.

Aku janji.

Maaf, kerana aku
sibuk untuk mencari sesuap nasi
sibuk berbakti kepada negara.
sibuk melayan kerenah manusia yang berbagai ragam

Ya, sebagai seorang jururawat!

Selamat Tinggal sayangku

Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT © 2012 HAK MILIK TERPELIHARA Maysaraa Hussain