Pergi meninggalkan kealpaan aku selama ini, pergi berbakti kepada negara. Aku perlu kuat. Kuat untuk mengharungi kebingitan telinga dek bebelan, kuat untuk menebalkan muka dek kerana diperbodohkan di khalayak ramai. Aku lemah. Ya, aku budak baru. Masih banyak perlu belajar. Aku bukannya manusia sempurna yang boleh melakukan apa saja. Aku manusia biasa yang bisa lupa.
Kini,
Aku berani,
Pengalaman banyak mengajar aku. Aku kini berjaya membuatkan orang melihat aku dan percaya kan aku. Aku buktikan kemampuan aku. Aku bangga kerana dapat berkhidmat dengan mereka-mereka yang banyak mengajar.
TERIMA KASIH
Pengalaman di wad sw 27, wad lelaki kelas tiga hospital kuala lumpur :)
Aku merindui nya.