Saya, Mereka dan universal studio ( USS )

Assalamualaikum.

Secara tak sengaja, salah seorang dari kami ber-enam telah menyuarakan pendapat untuk bercuti ke Singapore. Memang last minute decision, sebab sume tak prepare apa-apa. Tips and tricks untuk anda suma. Kira boleh bajet Duit dan Masa.

TIPS & TRICK.


#1
So, dengan kelam kabut sume pakat buat pasport. Sebenarnya sangat senang dan cepat proses buat passport ini. Boleh try survey kat laman web imegresen sini untuk mengetahui tempat-tempat yang boleh buat passport. setiap negeri dan daerah terpelih ada .Harga sangat berpatutan. RM100 = 2 tahun dan RM300 = 5 tahun. Siap dalam masa 1jam. Nak senang bawak photo passport anda sekali, kalau takde takpe. Di sana ada menyediakan booth. Dan booth ini akan menghasilkan gambar yang sangat buruk dan gelap. Sebab kurang pengcahayaan.

Selesai passport!




#2
Tentukan arah dan tujuan anda yang sebenar. Hm, kalau nak enjoy. Silalah pergi ke USS, universal studio singapore. Memang sangat berbaloi. Dan kalo nak shooping, boleh la pergi ke orchard rood. Boleh beli-beli barang cenderamata untuk yang terchinta di Malaysia. Hehe. Jangan berangan nak beli cenderamata sangat kat USS. Sangat-sangat mahal. Jika anda sudah pilih untuk ke USS. Sila rancang masa lain untuk ke tempat lain. Sebab anda kan berada di USS seharian.



#3
Penginapan. Saya dan kawan-kawan syorkan anda untuk stay di Johor. Saya da survey-survey kebanyakkan blog. Dan mereka memang mencadangkan penginapan di johor. Dua hotel yang saya syorkan ialah tune hotel dan kozi hotel di Danga bay, JB. Untuk tune hotel, kene selalu tengok website dia. Sebab kadang-kadang ada promotion yang sangat-sangat berbaloi. Pernah ada orang dapat harga RM1. Mybe sakang da susa. Booking siap-siap, booking melalui tenet. Untuk tune, kene bayar untuk booking. Tak tahu kene bayar full or ada harga yang ditetapkan. Untuk kozi, free for booking! Harga-harga sangat berpatutan. Sharing is caring, korang share la reramai 1 bilik. Tapi, tune hotel agak strict.






#4
Bagi yang menginap di Tune atau kozi hotel, shuttle bas disediakan. Sebab itu saya me-recommended kan kedua-dua hotel itu. Harga untuk shuttle bas kozi hotel RM30 return/ person. Dulu tak salah RM25. Dah naik harga da kot. Untuk tune, boleh beli siap-siap masa booking RM25 return/ person.



#5
Untuk dapatkan tiket USS yang murah, sila PM akak Rosmanizah Abdul Rahman, melalui 
FB ; https://www.facebook.com/rosmanizah.rahman , atau
email ; lan_ieza@yahoo.com
Kalo nak beli dari online sendiri pon boleh di  http://www.rwsentosa.com/ . Tapi kene ada kad kredit. :) Tiket untuk masok USS perlu beli siap-siap untuk elakkan pembaziran masa sebab beratur panjang dan untuk elakkan kehabisan tiket. Tips; pergi time bukan cuti sekolah atau cuti umum. Tak pack sangat.





#6
Pertukaran mata wang. Tukar siap-siap sebelum pergi untuk mengelakkan kesulitan. Nilai sekarang, RM248 = SGD 100. Sebenarnya RM240 je. Lagi RM8 service tax kot. Tak banyak pakai duit pon kat dalam sana. Masok sume tempat free. Takde charge tersembunyi.




#7
Barang-barang yang disenaraikan perlu dibawa ( Kalau taknak pon takpe )

  1. Tisu Basah. - toilet di sana tiada air!
  2. Raincoat - Ada tempat-tempat yang memerlukan. Ada dijual disana juga - SGD 3
  3. Kamera yang ada bateri full
  4. Botol air
  5. Gula-gula - untuk mengilangkan loya dan 'pressure' biler naik rolller coaster esp.


Tamat sesi tips and trick. Selamat datang ke universal studio singapore. Nantikan pengalaman dan cerita-cerita dalam post yang seterusnya. Penat da menaip. 

Siri 2 - USS kami datang.









sony xperia z !


Entry ini bukan ditaja oleh mana-mana pihak. (Tak fames memang tak ditaja)

Hai blog.

Handphone terbaru yang direka cipta oleh Sony mobile.






"The specs on the Xperia Z are what we expected from the rumors. It will be a 5" 1080p display, a 1.5GHz quad-core Snapdragon processor, 2GB of RAM, LTE, a 2330mAh battery, and the highly anticipated new 13MP Exmor RS camera sensor. As we saw in leaked images, the Exmor RS camera sensor will allow for HDR video recording, and a newly announced feature is that it will also offer a 10fps burst mode at 9MP. The phone also has NFC and a microSD card for those of you looking for that. An interesting addition to the Xperia Z is that the phone will be water resistant to a depth of one meter. To achieve this, the Xperia Z has glass panels on the front and back, as well as plastic strips on the sides that cover the ports. And, they cover all of the ports from microSD card slot, to headphone jack, to microUSB. The phone will be running Android 4.1 Jelly Bean, which is part of the reason why the March release date is so disappointing, because that will be coming up on Google I/O and the expected announcement of Android 5.0, although Sony has promised an upgrade to 4.2 "soon after launch"-




 untuk lebih lanjut boleh lihat video di youtube. http://www.youtube.com/watch?v=gWysHOjl95E


Aku memang terpegun gila lah. Memang sangat Perfect. Sony xperia z ini bakal bersaing dengan iphone 5 dan samsung galaxy s3.  Adakah sony xperia z ini mampu menewaskan kedua-dua model telefon tersebut? Masih terlalu awal untuk simpulkan. 

Pasti tertanya-tanya harga permulaan. Saving awal-awal. Harga jangkaan Xperia Z adalah sebanyak RM2500, iaitu harga pasaran di europe. Huu, masih terlalu mahal. 


Adakah aku bakal memilikinya?

kenapa hilang ?

Hai. Assalamualaikum w.b.t

Lama menghilang. Bukan bermaksud benci. Jauh sekali.

Masa. 
Masa sangat sempit. Yelah, da bekerjaya.
Kini, aku bergelar Jururawat Terlatih U29. Memang sangat mencabar. Tetapi, rezeki Allah. Aku dapat penempatan di Hospital Rehabilitasi Cheras, hospital yang baru beroperasi. Segalanya berjalan lancar. Sebab hospital ini tidaklah terlalu sibuk macam HKL. So, keja kat sini sangat relax dan yang tak best nya, pengalaman kurang. Tak da Emegency case!

Dulu-dulu aku ada banyak impian. Banyak wishlist.
Konon la dah bekerjaya. Tapi, aku rasa aku terlalu muda untuk bekerjaya. Rezeki Allah. Alhamdullillah. Aku dah memiliki apa yang aku impikan seusia muda.

ENTRY LAMA  - Tekan. sume wishlist dan apa yang akan berlaku.


  1. aku akan mendapat orang baru ( akak ipar yang juga kawan karib aku dulu)  - da dapat
  2. maybe akan mendapat anak sedara. InsyaAllah. - da dapat. Qisya Nur Azzalea
  3. YEAH! aku akan melucutkan jawatan aku sebagai pelajar. - Da jadi staffnurse
  4. bakal menjadi staff nurse. HUH. aku nak mintak kat hospital labuan( tak tahu dapat tak). - Tak dapat. sebab Family tak kasi. Dapat hospital Rehabilitasi cheras
  5. raya terakhir aku mendapat duit raya. coz 2012 aku da bekerja, so, aku pulak yang kene bagi duuiittt. - duet gaji habes bg kan sepupu sepapat!
  6. bakal memiliki sebuah kereta. (swift).ceh. kalau ada duit la. sebab nak beli teros kereta lepas komfom keje. - SUDA!!
  7. ingin pakai braces. (kalau diberi peluang) rasa macam best je belir tengok gigi cantik-cantik. - Now, im wearing Braces. colourful!
  8. mula mendapat gaji pertama. kira punya kira, ada dalam 2300 lebih. itu tak kira kalau aku kerja labuan. (dapat elaun wilayah). HAHA. dah boleh berkeluarga. ;p - belum lagi. Masih muda
  9. hope, dapat jumpa orang yang dapat buat aku tergelak, dan terima aku seadanya - InsyaAllah suda jumpa. Rahimy bin Abd Rahman.
  10. blog aku akan bertukar wajah! nantikannnn. - Da bertukar. Tetapi agak berhabuk. 


So far, aku memang bersyukur sebab dapat keja suda. Dapat balas jasa Mak ayah dan tolong Family. 

Wishlist akan datang;

  1. Handphone baru! - sony xperia Z. memang tergila-gila kannya.
  2. Beli rumah - 2 tingkat. Kalau ada rezeki lebih nak design rumah sendiri.
  3. Ada simpanan tetap untuk masa depan.
  4. Berkeluarga!!! - berkahwin dan bertunang dengan yang tersayang.
  5. dapat melanjutkan pelajaran - post basic

InsyaAllah. Kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Aminnn.

Hai blog, bye blog. 


Air Mata


Bila baca cerita sedih. Air mata mengalir. Aku menangis
Itu kerana aku ada dalam cerita itu. Aku pernah lalui semua itu. Dan aku rasa itu semua.
Cerita itu.

Aku bukan seorang yang lemah.
Tapi, kadangkala bila kita sudah terlalu jadi kuat. Kuat untuk memujuk hati jadi kuat. Kita kalah.
Air mata bukan semata-mata kerana lemah, tapi melebihi tahap kuat.

Aku lemah bila soal hati, keluarga, dan apa yang Tuhan bagi pada aku, dipersoalkan.
Aku jadi sangat lemah. Itu kekurangan aku.

Pernah aku mempersoalkan? Pernah aku ganggu hidup kamu?
Kenapa semua yang kita ada perlu dipersoalkan.
Aku tak se'perfect' kamu kamu diluar sana.
Tolonglah. Kalau aku diam, bukan beerti aku rela. Aku diam kerana aku penat.

Air mata. Aku lemah sekali lagi.

Kamu





Dunia


Duit berkepok, Rumah banglo, Kereta berjutaan, Barang-barang berjenama.
Sume yang dikejar. Sume yang sanggup bergadai untuknya.
Sampaikan, yang wajib itu, yang utama itu, yang halal itu ditinggalkan.

Yang halal jadi haram.
Yang wajib jadi dosa.

Oh Duniawi.

Sume tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Cukuplah dengan rezeki yang diberi olehNya. Jangan sebab itu semua, diri sendiri jadi merana, diri sendiri tidak terurus. Hati rasa tak tenang. 

Engat.
Semua kemewahan yang datang dengan sekelip mata juga boleh pergi sekelip mata. Pesanan ini bukan untuk sape-sape, untuk aku juga. Sebab di kotaraya semua yang mustahil boleh menjadi kenyataan. 

Semuanya di Kuala Lumpur. 
Kalau boleh aku nak lari dari sini. Lari dari duniawi.

Lahir


3 Oktober 2012

Happy birthday to me! 22 years old already ma. Sume orang akan eksited sangat biler birthday kan. Memang eksited sangat. Dah 22 tahun berlalu. Seingat aku dah 15 tahun tak sambut besday sendiri kot. Maybe memang kitorang tak biasa meraikan hari lahir. Erti kata lain, hari lahir just untuk budak kecik, boboy and gegirl.


Hari itu, tak lah sehappy mana.
Bagi aku besday itu adalah macam hari-hari biasa. Biasa.


Kita memang menginginkan sesuatu. Tapi ada ke orang yang betul-betul faham isi hati kita?
Biarlah semuanya berlalu. Kalau boleh aku nak padam hari lahir dari hidup. Aku taknak mengharap. Sebab aku tahu yang saket nanti aku.




Masih ada yang mengingati hari itu. Terima kasih sume.









Aku kerinduan

Sah, memang aku rindu. Rindu yang teramat
Malam termimpi, siang terngiang-ngiang di fikiran.

Aku rindukan mu,
Rindu ingin meluahkan semua perasaan dan suka duka yang ku alami

Aku rindukann mu wahai blog.
Aku janji akan kembali berkongsi dan meluahkan sakit, perit, airmata dan gelak tawa bersama mu.

Aku janji.

Maaf, kerana aku
sibuk untuk mencari sesuap nasi
sibuk berbakti kepada negara.
sibuk melayan kerenah manusia yang berbagai ragam

Ya, sebagai seorang jururawat!

Selamat Tinggal sayangku

Pergi dan Kembali

Hampir 5 bulan dulu aku pergi.


Pergi meninggalkan kealpaan aku selama ini, pergi berbakti kepada negara. Aku perlu kuat. Kuat untuk mengharungi kebingitan telinga dek bebelan, kuat untuk menebalkan muka dek kerana diperbodohkan di khalayak ramai. Aku lemah. Ya, aku budak baru. Masih banyak perlu belajar. Aku bukannya manusia sempurna yang boleh melakukan apa saja. Aku manusia biasa yang bisa lupa.


Kini, 
Aku berani,
Pengalaman banyak mengajar aku. Aku kini berjaya membuatkan orang melihat aku dan percaya kan aku. Aku buktikan kemampuan aku. Aku bangga kerana dapat berkhidmat dengan mereka-mereka yang banyak mengajar.

TERIMA KASIH

Pengalaman di wad sw 27, wad lelaki kelas tiga hospital kuala lumpur :)
Aku merindui nya.




Kesadaran sangat bermakna.

‎Hlovate, " Jangan korang ingat seksi tu lawa...Jangan korang ingat kalau bagi perempuan seksi yang boleh pegang tarik bawak ke hulu ke hilir aku tak tolak...Aku tak suka." Keruh wajah Ked tika itu....Namun tone suaranya tenang penuh diplomasi. "Korang punya mindset aku respect,so please treat mindset aku dengan cara yang sama. Relationship bagi aku ada satu ending je.Marriage.Aku tak nak bawak awek lawa seksi ke hulu ke hilir buat teman sosial macam dah kawin,lepas tu nak kawin nanti cari lain pulak.Aku nak wife aku nanti yang tak pernah disentuh dipandang lelaki selain dari apa yang patut.Dan aku tak rasa patut untuk aku buat macam tu pada mana-mana perempuan yang bakal jadi isteri orang jugak satu hari nanti." 


Saya nak awak jadi macam ini, awak 'ked' saya!


:D

minggu yang meng'buzy'kan

Assalamualaikum,

Hai there,

Rasa nak malas dah nak pikir pasal kerja. Sangat-sangat melecehkan. Kene isi ini lah, buat ini lah. Dan, paling mengive up kan aku biler aku daftar untuk aplikasi online. Aku log out mengikut manual, dan log masuk balik. Dekat berpuluh-puluh kali jugak log masuk, id pengguna dan kata laluan tak sah.

Apahal,

Takkan aku amnesia dalam masa 5 minit, aku engat lagi lah password aku, siap salin lagi kat kertas. Bila tekan Lupa kata laluan dan hantar ke email, memang sampai kiamat pon mende itu tak hantar kat email. Apa punya masalah lah aplikasi internet jabatan kerajaaan ini. Kalau tak nak update, tak payah buat online, kan senang!



Haih, malam kang aku cerita pe masalah sebenarnya. Tengah takda mood :'(






.




.

Medical Check-up


Alhamdulillah,

Akhirnya posmen lalu jugak kat rumah aku. Surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ). Surat itu nak bagitahu aku yang aku telah disah jawatan sebagai penjawat awam. :) Ya, yang gaji naek tuh! haha. So, kene lah buat medical check-up dan angkat sumpah. 


Future to be.



Alkisahnya, ayah aku dah mintak cuti untuk hantar aku ke hospital. Maybe excited nak halau anak dia dari rumah, habeskan beras je -_____- Sharp pukul 7.30 ayah aku dah bunyi kan hon, memang dah kasi amaran awal-awal, bangon awal. Kalau tak ready memang nak kene la, lecture 24jam ! 




Okay, sebenarnya kami satu family memang jarang lah pegi hospital kerajaan. Dari kecik hingga aku dah nak keje, memang akan pergi klinik panel ayah aku atau hospital swasta. So, ayah aku engat 'first come first serve'. Haha, memang tak duduk diam ayah aku. Mana takya,keluar dari rumah pukul 7.30, pukul 7.45 da tercongok. Last-last pukul 11 baru dengar suara lelaki garau, berpangkat MA memangil nama aku, Maisarah, Cik Maisarah. Waktu tu rasa nak pitam, satu badan naek angin sebab perut kosong dah msok angin. Lepas nieh, aku tak nak ikot cakap ayah aku dah, menyesal :'(





Rupanya, tak sampai 1 jam dah siap menatang kat atas tuh -____-. Orang laen yang buat Medical check-up (kebanyakkan yang nursing) sume pelik tanya aku datang pukul berapa. Malu! Yang datang lambat, pukul 10 yang siap dulu, memang tidak adil, tidak adil.


Dalam pada aku tunggu 3 jam dek kerana naif tentang hospital kerajaan, al maklumlah, praktikal pon kat swasta, aku borak-borak dan tanya pasal hospital. Dukacitanya, aku memalukan diri dengan akak yang bakal jadi JM, "akak, OPD itu apa?" Hahaha. pejam celik pejam celik jugak akak itu. "outpatient department, adek". Arggghh! memaulukan, So, dia telah memberikan pengajaran khas untuk aku. "adek, yang pakai kasut hitam dan seluar putih itu PPK bukan MA"."PPK itu apa akk!" Owh, kenapalah dunia ini terlalu kejam. Tak nampak beza pon!



Dear KKM, adakah anda menyesal melantik saya?



I will forget you




I will forget you. Starting today, I don’t know you, I have never seen you, we never even walked pass each other. I’m okay. I forgot everything. I’m happy with my busy life. I’ve met a great person too.

Love is always like this. It fades away after some time, can’t even remember it. When love goes away, another love comes again. It definitely will. Even if it hurts now, it will heal a little later, it will forget. I will too, it’s not difficult. I will forget everything after today. 



I’m just getting used to my changed life. 
I will erase everything.
I definitely will.



-Heartstring

RM110,000

Ya, gambar di bawah bernilai Seratus Sepuluh Ribu. :'(



Kalau aku tekan Tidak, Bankrup makayah aku.


Kalau bukak Fb bukak group induksi, kecoh pasal gambar di atas. Aku tak tahu nak cakap apa. Terkejut jugak sebab tak sedia apa-apa. Grr, kene bukak balek segala buku, MSN, DDA, Mims, A&P. Buku kemain la tebal, kalah kamus oxford yang baling pecah kepala tuh. So,masa untuk study. =.='



Nak bayar 110k or baca buku?
Malasnya =.='



.

Fate.



sumber




Do you believe in fate? It's not about how many times you get married or go out with someone. It's not about working out with that person or not. Just... feeling that that person is the one. Even after breaking up with that person it doesn't feel like it's over. It doesn't feel like it's going to end like this. Something like that.




-WildRomance.

My dear




I Miss You. 
I Need You.

I Miss You, yang dulu. Yang; sabar sangat-sangat dengan kerenah saya yang moody tak tentu pasal. Yang; tak pandai nak marah, kena paksa baru marah. Yang; lurus tak tentu pasal, sampai rasa tak sampai hati. Yang; suka layan apa yang saya nak, walaupun benda tuh tak penting pun. Yang; suka gelak-gelak. Yang; risau tak tentu pasal kalau saya sakit. Sweet sangat. Tapi, itu suma kamu yang dulu. Sudah! now just smile. :) . Walaupun dia agak berubah, dia tetap ada.



I'm really meant it :'(


.



Tiket aku kepada nuffnang di reply

Engat tak isu ini?

Apa dosa aku, Nuffnang?

Aku ada hantar tiket untuk mengadu la masalah aku itu. Mula-mula aku memang da give up dengan nuffnang ini. Mana takya, setahun langsung takda pape :'( Siap buat akaun lain. Last-last aku pikir bek bia je kan la. Bukan jadi beban kat aku pon. Bukan rezeki aku dalam bidang blogging ini. 

Dan, berhari jugak aku tunggu, takada langsung khabar berita dari tiket aku bagi. Putus asa tapi tetap tunggu ;p


Tadi, Nuffnang dah reply dengan panjang lebarnya dan aku hanya faham perenggan yang pertama. maybe diorang copypaste je kot. Akhirnya, Nuffnang aku da elok kembali macam biasa. Bialah ia kekal elok selama blog aku masih wujud. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kann.



:)

Apa dosa aku, Nuffnang?


Hai, 

Tak sangaka dah lebih berbulan-bulan aku tak tengok nuffnang aku. Lebih kurang 10 bulan kot. Ialah, mana taknya, sebelum ni busy dengan study. Ehem-2, final year! So, biler da habes study dan jadi penganggur terhormat ni gatal pulak tangan nak bukak nuffnang biler tengok banyak gak iklan kat ads nufffnang aku tu. Manalah tau da boleh cash out RM 1000. Hahaha, Mat jenin! Dengan semangat nya, log-in :) Rasanya 2 kali jugak, password tak pass. Itulah masalah orang suka letak macam-macam password, Facebook lain, twitter  lain, YM, Blog lain. ;p


Alkisahnya :'(



Nuffnang aku untuk earning tak berganjak. Tak berganjak dari 30 april 2011. Err, rasa macam nak masok setahun. tak logik sebab blog aku, aku tak tutup pon. Kalau ada pon, dulu kot, sekejap. Aku engat nak report, tapi memandangkan malas nak menimbulkan apa-apa, aku pon remove blog aku dari akun yang lama tuh. Tak banyak pon duet aku, cukop untuk topup je. So, buat akaun baru :'(


Tetapi menjadi persoalan,
Apa salah aku, Nuffnang? 



.

Berakhir suda Segmen Bloglist April

Post melekat: 


Tepat jam 8 malam , 1/3/2012

TAMMAT

SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012


Notakaki: Boleh tak luangkan masa anda iaitu kepada yang telah saya terima untuk saling menukar link untuk lihat ke box comel, bloglist april 2012 kat sidebar tu. Tengok elok-elok ea. Kalau tak ada link anda, bagitahu saya kat komen di bawah. Saya takot tertinggal. ThankYou! :)

Okay, baru ada 39 link yang da letak dalam bloglist. Rasa ada 100 lebey. Okay, Jom teruskan kunjungan.

“ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “





Today

1 March 2012. Sudah dua bulan berlalu. Nak tahu? Baca ini.


Dah dua bulan makan tak henti
Dah dua bulan tak pegang buku
Dah dua bulan topup mintak orang
Dah dua bulan main tenet tak henti
Dah dua bulan tido pukul 3 pagi bangon ehem-2

#naseb penganggur.


Okay, jangan keji aku pemalas. Aku bukan pemalas! Tapi, mak aku tak bagi aku cari keje. Inilah naseb puteri tunggal dan bongsu dalam kelaurga. Nak keluar pon payah. Kena bagi 10 alasan. Okay aku tipu. Aku maksudkan kene bagi alasan yang kukuh la, setakat nak jumpa kawan tuh tak payah la. Lupekan.!

Kepada kementerian Kesihatan Malaysia: Bila nak panggil keje? disebabkan isu SBPA dan pilihanraya kau ketepikan naseb kami -_____-



notakaki: rindu nak jadi student :)
Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT © 2012 HAK MILIK TERPELIHARA Maysaraa Hussain