Air Mata


Bila baca cerita sedih. Air mata mengalir. Aku menangis
Itu kerana aku ada dalam cerita itu. Aku pernah lalui semua itu. Dan aku rasa itu semua.
Cerita itu.

Aku bukan seorang yang lemah.
Tapi, kadangkala bila kita sudah terlalu jadi kuat. Kuat untuk memujuk hati jadi kuat. Kita kalah.
Air mata bukan semata-mata kerana lemah, tapi melebihi tahap kuat.

Aku lemah bila soal hati, keluarga, dan apa yang Tuhan bagi pada aku, dipersoalkan.
Aku jadi sangat lemah. Itu kekurangan aku.

Pernah aku mempersoalkan? Pernah aku ganggu hidup kamu?
Kenapa semua yang kita ada perlu dipersoalkan.
Aku tak se'perfect' kamu kamu diluar sana.
Tolonglah. Kalau aku diam, bukan beerti aku rela. Aku diam kerana aku penat.

Air mata. Aku lemah sekali lagi.

Kamu





Dunia


Duit berkepok, Rumah banglo, Kereta berjutaan, Barang-barang berjenama.
Sume yang dikejar. Sume yang sanggup bergadai untuknya.
Sampaikan, yang wajib itu, yang utama itu, yang halal itu ditinggalkan.

Yang halal jadi haram.
Yang wajib jadi dosa.

Oh Duniawi.

Sume tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Cukuplah dengan rezeki yang diberi olehNya. Jangan sebab itu semua, diri sendiri jadi merana, diri sendiri tidak terurus. Hati rasa tak tenang. 

Engat.
Semua kemewahan yang datang dengan sekelip mata juga boleh pergi sekelip mata. Pesanan ini bukan untuk sape-sape, untuk aku juga. Sebab di kotaraya semua yang mustahil boleh menjadi kenyataan. 

Semuanya di Kuala Lumpur
Kalau boleh aku nak lari dari sini. Lari dari duniawi.

Lahir


3 Oktober 2012

Happy birthday to me! 22 years old already ma. Sume orang akan eksited sangat biler birthday kan. Memang eksited sangat. Dah 22 tahun berlalu. Seingat aku dah 15 tahun tak sambut besday sendiri kot. Maybe memang kitorang tak biasa meraikan hari lahir. Erti kata lain, hari lahir just untuk budak kecik, boboy and gegirl.


Hari itu, tak lah sehappy mana.
Bagi aku besday itu adalah macam hari-hari biasa. Biasa.


Kita memang menginginkan sesuatu. Tapi ada ke orang yang betul-betul faham isi hati kita?
Biarlah semuanya berlalu. Kalau boleh aku nak padam hari lahir dari hidup. Aku taknak mengharap. Sebab aku tahu yang saket nanti aku.




Masih ada yang mengingati hari itu. Terima kasih sume.









Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT © 2012 HAK MILIK TERPELIHARA Maysaraa Hussain