Air Mata


Bila baca cerita sedih. Air mata mengalir. Aku menangis
Itu kerana aku ada dalam cerita itu. Aku pernah lalui semua itu. Dan aku rasa itu semua.
Cerita itu.

Aku bukan seorang yang lemah.
Tapi, kadangkala bila kita sudah terlalu jadi kuat. Kuat untuk memujuk hati jadi kuat. Kita kalah.
Air mata bukan semata-mata kerana lemah, tapi melebihi tahap kuat.

Aku lemah bila soal hati, keluarga, dan apa yang Tuhan bagi pada aku, dipersoalkan.
Aku jadi sangat lemah. Itu kekurangan aku.

Pernah aku mempersoalkan? Pernah aku ganggu hidup kamu?
Kenapa semua yang kita ada perlu dipersoalkan.
Aku tak se'perfect' kamu kamu diluar sana.
Tolonglah. Kalau aku diam, bukan beerti aku rela. Aku diam kerana aku penat.

Air mata. Aku lemah sekali lagi.

Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT © 2012 HAK MILIK TERPELIHARA Maysaraa Hussain