Saya, Mereka dan universal studio ( USS )

Assalamualaikum.

Secara tak sengaja, salah seorang dari kami ber-enam telah menyuarakan pendapat untuk bercuti ke Singapore. Memang last minute decision, sebab sume tak prepare apa-apa. Tips and tricks untuk anda suma. Kira boleh bajet Duit dan Masa.

TIPS & TRICK.


#1
So, dengan kelam kabut sume pakat buat pasport. Sebenarnya sangat senang dan cepat proses buat passport ini. Boleh try survey kat laman web imegresen sini untuk mengetahui tempat-tempat yang boleh buat passport. setiap negeri dan daerah terpelih ada .Harga sangat berpatutan. RM100 = 2 tahun dan RM300 = 5 tahun. Siap dalam masa 1jam. Nak senang bawak photo passport anda sekali, kalau takde takpe. Di sana ada menyediakan booth. Dan booth ini akan menghasilkan gambar yang sangat buruk dan gelap. Sebab kurang pengcahayaan.

Selesai passport!




#2
Tentukan arah dan tujuan anda yang sebenar. Hm, kalau nak enjoy. Silalah pergi ke USS, universal studio singapore. Memang sangat berbaloi. Dan kalo nak shooping, boleh la pergi ke orchard rood. Boleh beli-beli barang cenderamata untuk yang terchinta di Malaysia. Hehe. Jangan berangan nak beli cenderamata sangat kat USS. Sangat-sangat mahal. Jika anda sudah pilih untuk ke USS. Sila rancang masa lain untuk ke tempat lain. Sebab anda kan berada di USS seharian.



#3
Penginapan. Saya dan kawan-kawan syorkan anda untuk stay di Johor. Saya da survey-survey kebanyakkan blog. Dan mereka memang mencadangkan penginapan di johor. Dua hotel yang saya syorkan ialah tune hotel dan kozi hotel di Danga bay, JB. Untuk tune hotel, kene selalu tengok website dia. Sebab kadang-kadang ada promotion yang sangat-sangat berbaloi. Pernah ada orang dapat harga RM1. Mybe sakang da susa. Booking siap-siap, booking melalui tenet. Untuk tune, kene bayar untuk booking. Tak tahu kene bayar full or ada harga yang ditetapkan. Untuk kozi, free for booking! Harga-harga sangat berpatutan. Sharing is caring, korang share la reramai 1 bilik. Tapi, tune hotel agak strict.






#4
Bagi yang menginap di Tune atau kozi hotel, shuttle bas disediakan. Sebab itu saya me-recommended kan kedua-dua hotel itu. Harga untuk shuttle bas kozi hotel RM30 return/ person. Dulu tak salah RM25. Dah naik harga da kot. Untuk tune, boleh beli siap-siap masa booking RM25 return/ person.



#5
Untuk dapatkan tiket USS yang murah, sila PM akak Rosmanizah Abdul Rahman, melalui 
FB ; https://www.facebook.com/rosmanizah.rahman , atau
email ; lan_ieza@yahoo.com
Kalo nak beli dari online sendiri pon boleh di  http://www.rwsentosa.com/ . Tapi kene ada kad kredit. :) Tiket untuk masok USS perlu beli siap-siap untuk elakkan pembaziran masa sebab beratur panjang dan untuk elakkan kehabisan tiket. Tips; pergi time bukan cuti sekolah atau cuti umum. Tak pack sangat.





#6
Pertukaran mata wang. Tukar siap-siap sebelum pergi untuk mengelakkan kesulitan. Nilai sekarang, RM248 = SGD 100. Sebenarnya RM240 je. Lagi RM8 service tax kot. Tak banyak pakai duit pon kat dalam sana. Masok sume tempat free. Takde charge tersembunyi.




#7
Barang-barang yang disenaraikan perlu dibawa ( Kalau taknak pon takpe )

  1. Tisu Basah. - toilet di sana tiada air!
  2. Raincoat - Ada tempat-tempat yang memerlukan. Ada dijual disana juga - SGD 3
  3. Kamera yang ada bateri full
  4. Botol air
  5. Gula-gula - untuk mengilangkan loya dan 'pressure' biler naik rolller coaster esp.


Tamat sesi tips and trick. Selamat datang ke universal studio singapore. Nantikan pengalaman dan cerita-cerita dalam post yang seterusnya. Penat da menaip. 

Siri 2 - USS kami datang.









Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT © 2012 HAK MILIK TERPELIHARA Maysaraa Hussain