puduraya bocor.





Sebut 'puduraya' sape je yang tak tahu. Aku rasa, kalau tanya mamat bangla pon dia boleh tahu. Al maklumlah, puduraya penuh dengan warga asing berbanding warga tempatan. Rasa macam berada  kat ala-ala oversea pown ada. okay! cukup lah takat situ. kalau nak sebut pasal warga asing memang tak habes. naik bas pon penuh dengan mereka-mereka. Hm,engat tak puduraya pernah ditutup dulu. atas sebab  Kerja-Kerja Naik Taraf Dan Penambahbaikan Hentian Puduraya. Sebab nak bagi keselesaan kepada pengguna-pengguna, terutamanya pengguna dari utara dan juga pantai timur ( biasanya di putra). Dan inilah dia wajah baru Hentian Puduraya dan akan mula beroperasi  secara rasmi mulai 16 April 2011. Serentak dengan itu, hentian sementara di Bukit Jalil akan di tutup.





Hentian itu kini dilengkapi sistem pendingin hawa di setiap lokasi, surau yang lebih besar serta menampilkan persekitaran yang lebih ceria. Kemudahan lain ialah ialah bilangan kerusi dan tandas yang lebih banyak, kemudahan lif, eskalator serta skrin paparan maklumat di kesemua bangunan empat tingkat itu bagaikan balai berlepas di lapangan terbang. Selain itu, pelbagai kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) juga disediakan.

dengar kata;
"Secara keseluruhan proses naik taraf fasa kedua yang menelan belanja RM32 juta itu telah 15 peratus siap dan yakin boleh mencapai 70 peratus menjelang Julai depan," katanya....Beliau turut mengakui depoh baru tersebut yang dibina dengan kos hampir RM1.1 juta..."


 wow. memang banyak kott duet dok peabih pakai baikpulih puduraya. huh!


dan ini cerita terbaru yang aku dapat, sesaja jenjalan kat Lowyat.net . Sebab kat situ boleh dapat info-info terbaru. Dan, aku agak terkejut jugak la bila tengok video ini. HAIH, nak kata tak canggih, dah canggih da. tapi, itulah indah khabar dari rupa. 1.1 juta itu yang terjadi. buat habes duet rakyat je. Hope kejadian macam nie tak terjadi da. buat malu je! huh. -.-'







okay!


P/s : video nie sebenar nya aku dapat dari facebook. untuk lihat sendiri klik, sumber

1 comment:

Green Apple said...

mcm2 yg bocor... lu pikir la sndri... Nabil yg kata....

Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT © 2012 HAK MILIK TERPELIHARA Maysaraa Hussain