#ww



hakikatnya, semua ayat-ayat cintaNya menenangkan jiwa. itu janjiNya dalam surah Ar-Ra’d, ayat ke-28 :) 

Anak Aci belakang rumah

Hei perempuan. Anak aci belakang rumah pon tak macam kau lah! Eei, Rosakkan mood aku malam-malam nie la. Hei perempuan, sukahati kau nak tuduh aku ganggu pakwe kau. Engat aku berminat sangat ke? Excuse me, aku dah berpunya. Pakwe aku sorang nie pon aku tak larat nak jaga, nie pulak nak kacau boyfriend kesayangan kau. Tak payah la nak tunjuk hebat sangat sampai hantar mesej warning kat telefon bimbit aku dan laman sosial aku lah. Aku bukan perempuan jenis tu la.

Naseb baek aku masih anggap boyfriend kesayangan kau tuh kawan aku. Aku malas nak kecoh-kecoh dan sound direct. Dari kau jaga aku, baek kau jaga boyfriend kau tu baik-baik.

Hei perempuan, jangan malukan diri anda hanya sebab LELAKI.

Anak aci belakang rumah lagi baek dari kau. aku kacau miow dia, dia tak kecoh pon!




.

Naseb pengganggur

Hidup ini, sebagai penggangur sangat bosan.
Bosan sebab duduk di rumah dan tak boleh keluar. Hari-hari makan, online, makan, online, tidur. Aku boleh mati kebosanan dan mati kegemokkan. Itulah naseb seorang penggangur. Sekian.

P/s: Mak Ayah tolong bagi adek cari kerja. Ini semua untuk kebaikkan anak anda dari mati.
Mati kebosanan.




.

LJM milik kami.


100% LULUS LJM


LJM adalah nama singkatan pada Lembaga Jururawat Malaysia yang mengeluarkan 'Lesen' kepada pelajar kejururawatn untuk memberikan khidmat mereka dalam negara Malaysia ini. Kesimpulannya, kalau LULUS sahaja boleh kerja. Kalau tak lulus walaupun ada segulung diploma atau ijazzah tetap tak boleh kerja. Tengok, susah tak susa budak-budak jururawat.-_____- 



LJM milik kami.

Dengan satu suara,
kita serupa, walau berbeza
Genggam semangat waja
kita langkah bersama
"Tempuhi LJM bersama"

Masih terngiang-ngiang lagu semangat Group 1/09 Kolej Sains dan kejururawatan Pantai, Subang Jaya. Tak terkata biler dapat tahu kesemua 82 pelajar dalam Group 1/09 LULUS dalam peperiksaan LJM. Ya, 100% LULUS. Kami dah buktikan kami boleh berjaya walaupun kami memang banyak buat masalah. 

Hanya bulan dan bintang boleh menjadi bukti kejayaaan kami!
Ya, bulan dan bintang :) <3

-________- 

 Bukan bulan dan bintang. Hanya status Fb menjadi bukti. 













Sebenarnya, banyak lagi status yang telah di-post atas kejayaan itu. Tapi, itu adalah ucapan tahniah dari orang besar dan orang terpenting dalam mengapai kejayaan tersebut.

<3

Walaupun hal ini dah lama berlalu dan sudah terlambat hendak cerita kembali sebab ia tak sepanas pisang goreng di tepi jalan dah, tapi, aku just nak kekalkan ia dalam ingatan aku. Sebab satu hari nanti aku akan terkenang sendiri kejayaan dan cerita-cerita aku. Aku tiada diari nak catat kan semua, dan aku bukan lah sebijak profesor yang akan engat sume, aku buat ini sebab aku seorang pelupa dan mudah hilang ingatan. Aku amat bangga dengan kejayaan ini. Aku sayang mereka-mereka ini.!




TAHNIAH 1/09 




























Lama dulu saya busy.



Assalamualaikum,




Alhamdulillah, Penat sungguh menjadi seorang Pensyarah di Kolej Kejururawatan. Masih tak hilang penat. Dan sebab itulah aku sudah lama tidak menghiasi blog ini dengan cereka-cereka baru. Sekarang tidak lagi :) Sebab aku dah banyak sangat duet sampai tak tahu nak buat apa dengan gaji aku sebagai pensyarah, aku letak jawatan. So, sekarang aku dah boleh hidupkan kembali blog ini!!


:)


okay, aku tipu.
Aku hanya seorang Pelajar Kejururawatan.

Alhamdulillah;

Selesai semuanya. Tamat sudah peperiksaan yang paling-paling bermakna dalam hidup aku sebagai seorang pelajar kejururawatan. It's was called as LJM, Lembaga Jururawat Malaysia! So, saya dah boleh kerja!! LJM adalah lesen untuk pelajar jururawat bekerja. Kalau tak lulus tak boleh keje.





2132, It's me!

Itu adalah result Peperiksaan Percubaan. Alhamdulillah, aku Lulus kesemuanya, Paper1 ( objektif), paper2 (esei), dan Osce. Walaupun ramai juga yang kandas, tapi, itu hanya peperiksaan Percubaan. Dan, Kami semua lulus dalam Peperiksaan Akhir kolej. Dengan itu, segenggam ijazah dalam tangan. Er, diploma -____-


DENGAN INI,
Saya, Maisarah binti hussain bernombor kad pengenalan 9010030661**,
 Dengan Sukarelanya Telah Meletak Jawatan Sebagai Seorang Pelajar!!

P/s; Kini, sedang telah diambil bekerja sebagai penanam anggur di Taman Cheroh Murni, Raub. ( Sedang Tunggu di panggil kerja) nak kerja sambilan my parent tak kasi. :'( .Nak update blog sampai lebam lah.








Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT © 2012 HAK MILIK TERPELIHARA Maysaraa Hussain