kenapa sume ini terjadi..dugaan





ini kesah aku.
aku pikir dua tiga kali jugak untuk post atau tidak.
sebab apa orang kata..
'alah menda macam ni pon nak post.huh!'

tapi, awal aku bagitau. yang ini kisah aku, ini blog aku.suka hati aku. 
pada yang tak berminat boleh berhenti membaca sekarang. ;p


salam
 kenapa banyak sangat dugaan yang tetibe datang. -_____-

nak dijadikan cerita, aku masok course nursing nie pown bkn atas kehendak sendiri. aku tak minat. TIDAK. sumpah! tapi, sebab mak ayah aku suruh, aku korban kan minat aku. memang keputusan aku betol, sebab itu semua penentu masa depan ak. sume orang cakap. "ala, masok U pown tak tentu dapat kje. awak, keluar-keluar tros dapat keje". okay. aku akui semua itu benar. 


betul lecturer sambilan aku cakap ( ustaz mus)
 dunia sekarang dah lain, bukan kita yang menentukan minat atau pilihan kita. kita tak berhak! sebab dunia dah berubah, kita terpaksa mengikut kehendak dunia. minat semua tak penting sebab itu kamu pilih course ini walaupun tak minat kan.'

mungkin..


mungkin aku dah ditakdirkan untuk menjadi seorang jururawat. :) sedapkan hati. lagipon keje ini banyak berbakti. dan pada akhir tahun ini aku akan habes bergelar seorang pelajar. mula lah memikirkan tempat untuk berkerja. YEAH! selesai semua masalah. jadi seorang pekerja tentu lebih bagos, dah tentu dapat pegang duit sendiri ^^


 aku dah decide dengan kawan baik aku untuk pilih LABUAN sebagai 1st choice. dan y 2nd and 3rd tuh mana-mana pown tak kesah. aku pilih labuan sebab kat situ ada 1 je hospital besar (di bandar besar). so, tak yah risau la kementerian akan hantar aku pergi kat kawasan ulu-ulu di dalam hutan :) 

dan sebab lain,

aku nak pergi jauh-jauh. belajar untuk berdikari. sebenarnya, aku pergi jauh sebab aku tak nak mak ayah aku tau yang aku memang tak suka nursing. komfom-komfom la mak ayah akan tanya aku, "macam mana keje, okay tak". so, kalau aku duduk jauh aku boleh sembunyi kan hati aku. biarlah aku sendiri yang rasa. aku tahu, 3 bulan pertama keje mesti sangat susah, menderita. al-maklum lah, keje jururawat ini sangat susa. kita berkerja demi nyawa orang. memang susah.

tapi,

mak ayah aku nak aku keje kat Pahang. di cameron highland. Mak aku memang tak bagi aku pergi Labuan walau macam mana pon aku cakap. mak kata, "duduk jauh susa. mak ayah saket, pengsan macam mna"  memang susa, aku memang tak boleh pergi Labuan. tapi, macam mana dengan perasaan aku, aku tak boleh kawal depan mak ayah. Walau macam mana pon aku terpaksa jugak ketepikan niat hati aku. aku memang tak suka keje kat cameron. kenapa banyak sangat dugaan..?? aku ingat biler aku dah pilih jalan ini, aku boleh pilih jalan aku sendiri  -___-  

dan,
baru-baru ini. mak aku ada cakap;

"kalau nak pilih lelaki, carilah lelaki yang lebih tua, 10 tahun lebih pon tak pe"

nak dijadikan cerita, aku sebenarnya sedang inrelationship dengan orang yang lebih muda dari aku. 1 taun muda. tapi, mak aku tak pernah tahu. aku tak bagi taw sebab si dia tak da komitmen lagi, sedang beljar. tapi, dia janji dia akan beljar baik-baik dan kerja yang paling bagus. itu janji dia. 

adakah aku patot lupekan dia..??




12 comments:

Far8 budak baik said...

nusing okey ape..boley rawat aku..
aku kat kk ni haa...dekat je labuan..
haha..x ley belah..kwin datuk k lahhh

echaRierie said...

hehe..
kira ok jgk jd nursing tue..
ramai kwn echa jd nurse tau..
waaa..
umo bkn pghlg k..
law dh jodoh trima ja la..hehe
;D

arasewel said...

@FAR8 budak baik??;
erk? rawat ko? huh!
kalau ko sakett komfom2 la aku rawat (kalau ko msok hospital y aku kje laaa)
bab labuan tuh, aku tringin sgt nk pergi.besh x?
tapi, parent aku tak kasi laa -___-

arasewel said...

echa;
umm, besh sebab dapat elaun tiap-tiap bulan dgn komfom keje.
sebnarnya, kje nursing tak mudah cam sgka.
kalu tak minat memang susa la.huhuu
huuuhu..itu betoi
I'Allah ada jodoh ada la.

:)

nabila saat said...

xpe..muda ke tua ke..
xkisah..yg pnting matang..
dia boleh jaga kamoo..

dio boleh tackle family kamo
itu dh cukup

btw jom undi sapa lg terror dn poyo
engineer ke?doctr ke?lawyer?

http://nabilasaat.blogspot.com/2011/04/kontest-sapa-lagi-terror-dan-poyo.html

zey said...

oh...no...no...jgn tinggalkan ur bf now.
ingat senang ke nak build new r/ship.
mak ayah boleh pujuk.



anyway, bangga sangat tgk u obey gila2 dgn parents u.

♥yaya budak suka embun♥ said...

sabar sabar. bab hati dan perasaan ni kita takleh paksa. w/pn ur bf tu muda setahun, mana taw kan dia boleh jadi lebih matang dr org yang lebih tua dr u :)

arasewel said...

@nabila saat;
um, yup! betoi 2 betoi..
tapi, takot kalau mak memang dah pegang dgn kata.
susa nak pujuk hati orang tua.

em,
at-least kalau si dia betol2 suka,
dia mst boleh ambik hati mak ayh.
dari situ boleh tgok kesungguhan dia kowt.
harap2 la. :)

sudah undi:)

arasewel said...

@zey;
tggl atau tidak semua di tgn si dia kowt..
hmm, harap-harap la mak ayh lembut hati.
semua ini di tentukan oleh si dia.(kesungguhan)

umm, jodoh ditentukan oleh mak ayah agak-agak okay x?
new r/ship in married :)

arasewel said...

@yaya;
memang tak boleh paksa.. tapi kadang-kadang keadaan yang memaksa.-______-

cik ayin said...

la..nape tak bagitau?elok bagitau..bese la kawan2

arasewel said...

@cik ayin;
hmm, sebab 'budak' itu tak ada komitmen pon lagi.
bila dah bersedia dan si dia cukup segalanya.
baru rasa nak bagitaw.
sebab, pada mak.. kalau bagitau..itu makna nya macam siyez.

;)

Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT © 2012 HAK MILIK TERPELIHARA Maysaraa Hussain