Ajal maut di tangan Allah :'(


Bangon pagi dan serta merta aku akan menghadap laptop kesayangan lepas buat semua kerja-kerja rumah.
Facebook, FB, Facebook, FB, Facebook, FB. Membosankan.

Tapi, sesuatu yang membuatkan aku terkejut. YA, itu junior aku semasa kat Sarawak dulu. Ya Allah. Menitis air mata aku membaca semua status dan komen orang ramai. Memang besar ujian dan dugaan yang di terima. Semalam adalah kali terakhir bersama. Semua pergi begitu saja :'( 















Hm, betol. Jodoh dan pertemuan semua di tangan Allah. Semoga roh di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL- Fatihah.

Letih


Aku letih dan rasa ingin demam. Naseb baik Panadol dan selimut banyak membantu aku.

Seriously, badan rasa panas. Seram sejuk dan rasa ingin keluarkan semua isi perut.Ya Allah. Aku harap aku dapat bertahan. Sebab sekali aku muntah, aku akan terus muntah. Ya, itulah aku. Maybe aku terikut mak aku, senang nak muntah. Pening dan sakit belakang, menyeksakan. Kenapa? Maybe sebab keadaan cuaca atau sebab aku lemah, terlalu letih. 

Terima kasih selimut dan panadol. Doakan aku cepat sembuh.



wordless wednesday









Two Fingers, Me and You. Ya, its LOVE

salam maaf dari aku dan tunang



Assalamualaikum.

Akhirnya suma selesai. Alhamdulillah aku LULUS dalam Trial. Walaupun hanya Trial Diploma tapi cukup menyenangkan. Dan sekarang aku da selesai Final. Sedang senang melenang di rumahku, RAUB :)

Kali keduanya.
Oh ya, aku juga sekarang sangat senang untuk men'update' apa yang telah aku tinggalkan. Banyak sangat yang aku nak share dan macam-macam jugak yang aku tak tahu sal dunia blogger ini.

Kali ketiganya
Oh, aku sudah di gelar MAK SU. Ya, dah dapat anak sedara ( yang pertama ). Tak tahu lah apa perasaan aku. Hanya orang yang kenal dan fahami aku je apa yang aku rasa =.="
Dan, oh ya, si dia adalah Qisya Nur Azzalea Binti Muhammad Halmi. Gambar si kecik sedang dalam proses.

Kali keempatnya,
Salan maaf dari aku dan tunang, lama tak meluahkan perasaan kat blog usang ini. ( ehemm, ini akan di cerita di kemudian hari)

Oh, dikesempatan ini, rasa nya tak terlambat untuk mengucapkan;








perempuan






Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik dimatamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka ALLAH ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya akan menjadi milikmu seorang. Aku tidak akan merasa bangga menjadi rebutan lelaki. Bahkan, aku merasa terhina deperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. - anonymous


Aku amat kagumi kau anonymous. Aku harap aku dapat jadi seperti kau. Jaga segala adab dan maruah. Terima kasih kerana nasihat dan sudi menjadi penegur sekiranya aku melakukan kesalahan.




<3

Raya



Saya Sedang Asyik Mencari Baju Raya

Dan 

Membuat Kuih Raya

SEKIAN~

Kejutan !



SURPRISE!!

Aku kembali.
hai blog :D



mood: Sangat Teruja nak Hupdate :) 

Wordless Wednesday #3



 


FLU+ SORE THROAT. #menyeksakan.

Harapan Ramadhan


 Haha. Yes! i'm fat :'(
Totally.


Okay, cuba bayangkan dalam masa seminggu berat badan aku boleh bertambah smapi 4 kilo. Memang aku decide untuk naikkan berat badan pada masa itu. Then, sekarang rasa macam dah berat semacam. Nak buat kerja je mesti rasa berat. lebih kurang macam malas. haha. bukan aku yang malas okay. berat badan yang meningkat menyebabkan aku jadi begitu. :) ( alasan). Dan untuk itu, aku dah plan siap-siap mau kasi kurus balik. Dalam masa sebulan berangan ingin ke berat asal, akhirnya, tidak kesampaian. so, maintain kan lah berat badan ini.








Yeah. kira rezeki aku jugak lah. Bulan Ramadhan tak lama lagi bakal menjelang tiba. Lagi 6 hari.! Di kesempatan ini, harapan Ramadhan Al-mubarak pada tahun ini untuk menurunkan kembali berat badan. uhuu. Tapi, tak lupa naikkan balek amalan sunat dan kebaikan. 


Harap Ramdhan tahun ini aku puasa 30 hari tanpa henti 

kawan-kawan,
6 hari lagi.

Wordless Wednesday #2

Mood: Too tired;
kerja shift malam, tak boleh tido dan sangat-sangat busy.





Problem.

Suatu masa dahulu, si Boy dan Girl bercinta. Boy telah melukakan hati Girl dengan berpasangan dengan wanita lain. Si girl Frust. Dan mereka berpisah.


Setahun kemudian.....

 
Boy; :(
Girl;Asal nie?
Boy; I need U. tapi, entah lah
Girl; kenapa?
Boy; I dah menyesal dengan apa yang I dah buat kat you. Bodoh sangat!
Girl; Eei. you pelik lah.
Boy; Memang I pelik da sekarang. Sori sebab ganggu you. I just feel menyesal sangat-sangat tak jaga you baik-baik.
Girl; Lagi la I tak faham. sori, you okay tak nie?
Boy; Tak okay sangat. cuma i selalu teringat kat you sekarang. don't know why.
Girl; Takde pelah. You jgn pikir sangat. Emosi je tu. Esok you mesti okay punya. Mesti banyak pikir kan.
Boy; Masalah nya, bukan hari ini. dah banyak hari.. I really miss someone valuable.
Girl; siapa tu you? you ny, jangan give up sangat. Try la lagi.
Boy; ****** ( girl )
Girl; hmm, yelah tu. I bukan ada pape pon. You ny, mesti ada something kan. tetibe je. cerita lah.
Boy; Huhu. I da menyesal la. tapi, u dah jadi milik orang.
Girl; hm, tak yah pikir da sal yang lepas. sekarang, you kena lupekan semua, and happy je.
Boy; okay. i try. You, jgn tinggal kan I.

-__________-



 P/s;
 Walaupun, si girl dah maafkan si boy. Tapi, dia tak melupakan itu semua.

Devil

Kau...PERGI jauh-jauh boleh?
Dulu aku selalu bagi muka kat kau.
Bukan aku baik hati sangat,
aku tak suka lah ambik kesempatan.
Tak macam kau. Pantang aku senang.
Okay, aku tahu sekarang kau Happy.
And, Go with Your Life.


Nanti,
Kalau kau ada Masalah, Jangan Cari aku lagi Boleh Tak?





P/s; saket hati.

lelaki ego yang caring.






lelaki EGO yang caring.
sangat-sangat sweet, macho, cool,
Dan digilai !!

Adakah lelaki seperti ini benar-benar wujud? atau hanya rekaan yang hanya diwujudkan dalam cerita korea. Lelaki jenis ini memang menjadi kegilaan. Tak heran lah ramai awek Korea termasuk juga awek Melayu tergila-gilakan lelaki ini, tak terkecuali aku. okay. Aku dah lama tak tergilakan pelakon lelaki Korea. Dan setelah aku tengok cerita Personal Taste, cintaku pada lelaki ego yang caring semakin bertambah. Sangat-sangat! Kenapa lelaki Melayu tak ada yang macam ini eh? Atau aku je yang tak Terperasan dengan kemunculan mereka-mereka ini. Susa nak cari lelaki ego. =.='


Aku baru tengok sampai episod 6. Ini dia.; Aku sempat download, trim, cut, dan upload. Rajinkan! So, korang kne tengok.

Ini dia Scene pertama yang sweet;




dan, ini scene ke dua yang sweet jugak! ;)




Sekian. ini saja nak bagitau. Nak sambung tengok episod akan datang.

notakaki/ps:

" If you love two people at the same time, Choose the second one, because if you really loved the first one you wouldn't have fallen for the second." - Johnny Depp.
tak ada kaitan XD

YEAH! this is love.


One day. its happen;


 

 But, there's someone;


 



now, i learn something...



 now and forever,

 


YEAH! this is love.


P/s: Ehsan Tumblr.com

now playing

My dear,


I Miss You. 
I Need You.

I Miss You, yang dulu. Yang; sabar sangat-sangat dengan kerenah saya yang moody tak tentu pasal. Yang; tak pandai nak marah, kena paksa baru marah. Yang; lurus tak tentu pasal, sampai rasa tak sampai hati. Yang; suka layan apa yang saya nak, walaupun benda tuh tak penting pun. Yang; suka gelak-gelak. Yang; risau tak tentu pasal kalau saya sakit. Sweet sangat. Tapi, itu suma kamu yang dulu. Sudah! now just smile. :) . Walaupun dia agak berubah, dia tetap ada.

Now  Playing. 

waktu tengah blogwalking ke sana-sini, terjumpa something yang agak menarik. Lagu ini. Sebab, lagu ini, saya teringat kamu. teringat kamu yang dulu. Lirik dia, melodi dia. Memang sweet :)





The day when I first saw you
Your bright smile full of shyness
We’ll get closer after today
Every day, I have heart-fluttering expectations
What to say to you
How to get you to laugh
I fear it’ll get awkward when I try to hold your hand
All I can do is smile shyly
Hopefully we can speak banmal to each other
Even though it’s still awkward and unfamiliar
Instead of saying ‘thank you’
Talk to me in a friendlier way
Hopefully we can speak banmal to each other
You walk towards me slowly, step by step
Now look at my two eyes and tell me
I love you
The day when I held your hand
I felt my heart stop beating
I don’t even remember what I said
All I feel is a flutter in my stomach
Hopefully we can speak banmal to each other
Even though it’s still awkward and unfamiliar
Instead of saying ‘thank you’
Talk to me in a friendlier way
Hopefully we can speak banmal to each other
You walk towards me slowly, step by step
Now look at my two eyes and tell me
I love you
Hopefully we can fall in love with each other
I’ll never let go of your two hands from my grasp
The light of your eyes, gazing at me
I hope there will only be joyful smiles
Hopefully we can fall in love with each other
We can lean on one another and take care of each other
Looking into your eyes, my two eyes
They’re talking to you
I love you


P/s: em, teringin nak makan Kenny Rogers Roasters. haha. Tetiba xD.

ada orang kesah?




i'm BACK!
tapi, ada orang kesah ke?? uhuu
aku rasa, ramai orang tak kesah pun kann. kann.

walaupun aku dah lama tak update, walaupun korang tak kesah aku aku kembali atau tidak. Dan; walau macamana pun berlaku, aku tetap sayang blog berhabuk aku ini.


mood: happy + sakit hati.

persaan paling aku benci adalah bile hati ini tiba-tiba rasa sakit. entah-lah kenapa. nak kata aku sakit hati, kulit aku okay je. takde pon kuning-kuning (jaundice). Hati rasa macam ngilu. grr. perasaan ini sangat kejam. DAN, entah kenapa aku rasa susah nya apabila orang yang kita sayang jauh dari kita. Rasa macam-macam.






bye. sikit saja update. sebab nak tenangkan hati.

P/s: jaga orang gila lagi baik dari jaga orang tak gila. tetiba -___-



Ini kajian.



minuman

aku minum je semua minuman bergas. sebab aku tak cerewet mana pon. termasuklah air Coca-cola. kenapa dalam banyak-banyak air yang ada gas, aku mention air Coca-cola. Okay. Ini nak cerita siket. waktu aku jalan-jalan tengok blog-blog orang yang memang cambesh! aku terlihat info yang sangat manfaat. Terutamanya pada pengemar minuman bergas Coca-cola.






Hm, tapi memang sebelum ini banyak info yang bagitau pasal buruknya Coca-cola. Macam-macam. okay, salah satu kajian dijalankan pada telur. Bayangkan kulit telur yang keras ( agak keras la) boleh luntur macam tuh saja. Jom tengok video ini untuk lebih lanjut.





Pada pengemar minuman ini;

berhentilah sebelum terlambat! 
pesanan; admin :)

puduraya bocor.





Sebut 'puduraya' sape je yang tak tahu. Aku rasa, kalau tanya mamat bangla pon dia boleh tahu. Al maklumlah, puduraya penuh dengan warga asing berbanding warga tempatan. Rasa macam berada  kat ala-ala oversea pown ada. okay! cukup lah takat situ. kalau nak sebut pasal warga asing memang tak habes. naik bas pon penuh dengan mereka-mereka. Hm,engat tak puduraya pernah ditutup dulu. atas sebab  Kerja-Kerja Naik Taraf Dan Penambahbaikan Hentian Puduraya. Sebab nak bagi keselesaan kepada pengguna-pengguna, terutamanya pengguna dari utara dan juga pantai timur ( biasanya di putra). Dan inilah dia wajah baru Hentian Puduraya dan akan mula beroperasi  secara rasmi mulai 16 April 2011. Serentak dengan itu, hentian sementara di Bukit Jalil akan di tutup.





Hentian itu kini dilengkapi sistem pendingin hawa di setiap lokasi, surau yang lebih besar serta menampilkan persekitaran yang lebih ceria. Kemudahan lain ialah ialah bilangan kerusi dan tandas yang lebih banyak, kemudahan lif, eskalator serta skrin paparan maklumat di kesemua bangunan empat tingkat itu bagaikan balai berlepas di lapangan terbang. Selain itu, pelbagai kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) juga disediakan.

dengar kata;
"Secara keseluruhan proses naik taraf fasa kedua yang menelan belanja RM32 juta itu telah 15 peratus siap dan yakin boleh mencapai 70 peratus menjelang Julai depan," katanya....Beliau turut mengakui depoh baru tersebut yang dibina dengan kos hampir RM1.1 juta..."


 wow. memang banyak kott duet dok peabih pakai baikpulih puduraya. huh!


dan ini cerita terbaru yang aku dapat, sesaja jenjalan kat Lowyat.net . Sebab kat situ boleh dapat info-info terbaru. Dan, aku agak terkejut jugak la bila tengok video ini. HAIH, nak kata tak canggih, dah canggih da. tapi, itulah indah khabar dari rupa. 1.1 juta itu yang terjadi. buat habes duet rakyat je. Hope kejadian macam nie tak terjadi da. buat malu je! huh. -.-'







okay!


P/s : video nie sebenar nya aku dapat dari facebook. untuk lihat sendiri klik, sumber

rosy business. siapa yang tengok?



ROSY BUSINESS



 
this is really a darn great
i cannot get my eyes off when i watch the show
 
memang besh!
wajib di tonton tiap-tiap hari.
entah la, orang kata biar download, cepat habes and dapat tengok sume.
 
tapi
 
pada aku, aku tak suka tengok cerita habes cepat.
hari-hari tengok lagi besh. menunggu saat itu dan duduk depan tv.

tak boleh MISS tengok drama ini. siyes!


 
 
walaupun cerita ini nampak lama, tapi ia menarik.
 
 
 

royal wedding



If you find someone you love in your life, then hang on to that love.” 
-Princess Diana


The Duke and Duchess of Cambridge;
Prince William and Kate Middleton
 
 
 
 
yang paling ditunggu-tunggu; 
Kate Middleton's gown
 
Catherine Middleton wearing McQueen by Sarah Burton.  I am forever in love with this dress.
 
 di antara yang hadir;
 
victoria & Beckham

sultan brunei dan isteri

Mr. Bean turut hadir.
 
P/S;Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia turut hadir. tapi takda pic-lah.
 
 
 
 
 

sila 'back-up' profile FRIENDSTER anda sebelum 31 MAY



 
 
 
 
siapa di sini yang masih menggunakan friendster? pada aku dalam ramai-ramai ini hanya seciputt je yang msih menggunakan friendster. sebaliknya, mereka lebih tertumpu pada facebook. huh! penangan facebook memang hebat. 
 
 
tapi, 
adakah anda pernah menggunakan friendster.
pada aku, ramai pengguna facebook adalah pengguna setia friendster satu masa dahulu,
seperti aku. ;)

 
*sila abaikan mesej / pesanan ini sekiranya anda memang tak berminat langsung nak tahu.

okay!

bagi mereka yang merasakan FRIENDSTER ini pernah memberi anda seribu satu  (1001) kenangan dalam hidup anda, sila teruskan pembacaan dan fikirkan-nya. menurut sumber yang boleh dipercayai, friendster akan bakal ditutup  dan akan direformat in Beta yang akan  focus on games and entertainment.
 
 
 
 
berkuatkuasa pada; 31 mei 2011

All user contents such as photos, messages, comments, testimonials, shoutouts, blogs, forums and groups,  will be deleted, delete. tetapi, hanya account anda yang still ada. anda boleh login menggunakan email dan password anda ( jika masih ingat la). Dan, pada korang yang MASIH ada lagi account friendster , anda amat digalakkan untuk membuat back-up atau mengexport profile dan data-data yang masih ada mengunakan widget yang telah disediakan. sekiranya ia merupakan sentimental value pada anda semua. 
 
 
 dan, aku dah pon mengexport sume data-data aku. ia dalam bentuk .zip :)
klik SINI untuk mengekses ke 'friendster exporter'

ini adalah profile aku. 1001 kenangan. :) ditubuhkan sejak AUG 2007.

 
sumber;
 
 
 



akhir kata,

aku sempat lagi ambik semua pic-pic aku dulu. haha. rasa lawak sangat biler tengok.

ini,

hm, takda cam..pakai Youcam. =.='

 RINDU korang. pic ni aku engt dah hilang (sbb pndrive hilang)
tak sangka ada dalam friendster :) waktu zaman batu di matrik =.='


budak kecik waktu di matrik. haha. tak sangka pic ini pown ada.


p/s: 
tengah aku asyik dok mengexport dan berjaya mengexport, aku godek-godek balek kenangan lalu. bagi aku, friendster itu memang merupakan kenangan yang tak dapat dilupakan. dari situ lah aku kenal dan bercintan-cintun dengan EX bf aku. dan dari situ jugak aku kenal dengan seorang mamat (kawan baik dalam dunia siber). berkenalan di FS dan berkawan sakan kat YM, Muhammad asyraff yasin :) tapi, sekarang sudah lostt contact. hope awak sihat disamping orang kesayangan.^^

 jangan sia-sia kan kenangan anda begitu saja.
kerana dirimu(friendster)begitu berharga

:)


hey. stalker! grr...





hey, u stalker!

YES.I'M

Me? yepp. aku adalah salah satu stalker yang wujud kat dunia siber neyh. Nak dijadikan cerita, aku bukan stalker untuk menjatuhkan orang, apatah lagi nak mengutuk-kutuk. aku tak main okay semua itu. Nak-nak ANON, itu bukan aku :)  serious, biler sebut stalker korang mesti engat dia adalah seorang yang tak reti nak tunjuk diri sebenar, atas kata lain, takda wajah (ayat yang agak sedap).

bukan.

pada aku, stalker adalah seorang yang amat mengambil berat (macam aku). grr... kadang-kadang apa salah nya kita jadi stalker itu untuk tahu apa yang dia buat, apa dia suka, apa dan apa.. macam aku, aku jadi stalker sejak kebelakangan ini sebab aku nak tahu sangat pasal budak seorang ini. bukan sebab aku dah jatuh cinta dengan dia okay. TIDAK sama sekali. ini sebab aku suka tengok stail dia. 

1st ; aku tertarik, suara dia apabila dia dok mengaji. 

2nd ; aku suka stail dia jalan sebab dia sama dengan orang yang aku suka :)

3rd ; aku rasa dia baik!


okay apa sebab-sebab aku nieh. =.='



so, pada sahabat-sahabat yang telah baca ini. jangan lah TERlalu pandang rendah pada stalker ini selagi dia tak menganggu kehidupan korang-korang semua.


sebenarnya,

aku ada something nak share dengan korang-korang semua jugak. ini berkaitan dengan seni. pada aku ia seni sebab aku rasa ia sedap di dengar. dan 1st thing, aku tengok tajok dia aku teros tertarik. tak sangka STALKER pon ada lagu.

sila klik dan tengok. sila klik dan lihat. sila-sila lahhh;



ini dia, jazz hayat. dari brunei.
 
 
I stalk your profile when I miss you
Tengok semua gambar you tanpa jemu...
I stalk your profile when I miss you
Adakah kau juga memikirkanku..

 
Semua gambar-gambar you bersama si dia
Dalam captionya kata mu aku cinta dia
Reaksi ku meluat sedih pun ada
Memang kau ini player tapi malangnya
Ku mahu kau jua..








P/S:  
kadang-kadang aku stalker gak dekat facebook ex-bf. bukan apa, saja nak tengok dia post status or upload-upload pic. HAHA. psyco-psyco. bukan ada apa-apa. si dia, jangan salah faham okay. :)

 akhir kata,
 
Stalking is caring
 

 

kenapa sume ini terjadi..dugaan





ini kesah aku.
aku pikir dua tiga kali jugak untuk post atau tidak.
sebab apa orang kata..
'alah menda macam ni pon nak post.huh!'

tapi, awal aku bagitau. yang ini kisah aku, ini blog aku.suka hati aku. 
pada yang tak berminat boleh berhenti membaca sekarang. ;p


salam
 kenapa banyak sangat dugaan yang tetibe datang. -_____-

nak dijadikan cerita, aku masok course nursing nie pown bkn atas kehendak sendiri. aku tak minat. TIDAK. sumpah! tapi, sebab mak ayah aku suruh, aku korban kan minat aku. memang keputusan aku betol, sebab itu semua penentu masa depan ak. sume orang cakap. "ala, masok U pown tak tentu dapat kje. awak, keluar-keluar tros dapat keje". okay. aku akui semua itu benar. 


betul lecturer sambilan aku cakap ( ustaz mus)
 dunia sekarang dah lain, bukan kita yang menentukan minat atau pilihan kita. kita tak berhak! sebab dunia dah berubah, kita terpaksa mengikut kehendak dunia. minat semua tak penting sebab itu kamu pilih course ini walaupun tak minat kan.'

mungkin..


mungkin aku dah ditakdirkan untuk menjadi seorang jururawat. :) sedapkan hati. lagipon keje ini banyak berbakti. dan pada akhir tahun ini aku akan habes bergelar seorang pelajar. mula lah memikirkan tempat untuk berkerja. YEAH! selesai semua masalah. jadi seorang pekerja tentu lebih bagos, dah tentu dapat pegang duit sendiri ^^


 aku dah decide dengan kawan baik aku untuk pilih LABUAN sebagai 1st choice. dan y 2nd and 3rd tuh mana-mana pown tak kesah. aku pilih labuan sebab kat situ ada 1 je hospital besar (di bandar besar). so, tak yah risau la kementerian akan hantar aku pergi kat kawasan ulu-ulu di dalam hutan :) 

dan sebab lain,

aku nak pergi jauh-jauh. belajar untuk berdikari. sebenarnya, aku pergi jauh sebab aku tak nak mak ayah aku tau yang aku memang tak suka nursing. komfom-komfom la mak ayah akan tanya aku, "macam mana keje, okay tak". so, kalau aku duduk jauh aku boleh sembunyi kan hati aku. biarlah aku sendiri yang rasa. aku tahu, 3 bulan pertama keje mesti sangat susah, menderita. al-maklum lah, keje jururawat ini sangat susa. kita berkerja demi nyawa orang. memang susah.

tapi,

mak ayah aku nak aku keje kat Pahang. di cameron highland. Mak aku memang tak bagi aku pergi Labuan walau macam mana pon aku cakap. mak kata, "duduk jauh susa. mak ayah saket, pengsan macam mna"  memang susa, aku memang tak boleh pergi Labuan. tapi, macam mana dengan perasaan aku, aku tak boleh kawal depan mak ayah. Walau macam mana pon aku terpaksa jugak ketepikan niat hati aku. aku memang tak suka keje kat cameron. kenapa banyak sangat dugaan..?? aku ingat biler aku dah pilih jalan ini, aku boleh pilih jalan aku sendiri  -___-  

dan,
baru-baru ini. mak aku ada cakap;

"kalau nak pilih lelaki, carilah lelaki yang lebih tua, 10 tahun lebih pon tak pe"

nak dijadikan cerita, aku sebenarnya sedang inrelationship dengan orang yang lebih muda dari aku. 1 taun muda. tapi, mak aku tak pernah tahu. aku tak bagi taw sebab si dia tak da komitmen lagi, sedang beljar. tapi, dia janji dia akan beljar baik-baik dan kerja yang paling bagus. itu janji dia. 

adakah aku patot lupekan dia..??




jeles dengan mereka(ashraf&dayana)



“Dengan izin Allah, kami akan bernikah di Mekah pada 1 Syawal depan. Saya akan bertolak ke sana pada 17 Ogos ini untuk mengerjakan umrah sambil menjalani rawatan bersama-sama bakal bapa mertua saya, Lokman Abdul Hamid dan membawa rombongan umrah.

“Saya akan berada selama 18 hari di sana dan bakal isteri saya akan datang ke Mekah menjelang hari pernikahan kami. Selepas nikah, kami akan melakukan tawaf dan menziarahi Mekah sebelum pulang pada 2 September nanti,” kata Ashraf

grrr..
aku sangat-sangat jeles! huhu.
semua orang mengimpikan dapat menunaikan impian di Sana.
untuk bernikah di sana kerana mahu mengikut jejak langkah para sahabat nabi
 
mereka memang secocok, sepadan, sangat sweet.
hope berbahagia sehingga hujung nyawa.
 
Mohd Ashraf Muslim & Noor Dayana Hj. Lokman
 
 
 dia kini milik orang. -____-

 
 
 pertunangan;
 
 
berbahagia



dan,
video pertuanangan mereka memang meletoop dan cun arh
sebab CST PRODUCTION yang jadi photographer.

untuk lihat,


P/S; aku pown rasa nak CST PRODUCTION jadi photographer wedding lahh.
macam mana ehh?
Related Posts with Thumbnails
COPYRIGHT © 2012 HAK MILIK TERPELIHARA Maysaraa Hussain