Alhamdulillah,
Akhirnya posmen lalu jugak kat rumah aku. Surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ). Surat itu nak bagitahu aku yang aku telah disah jawatan sebagai penjawat awam. :) Ya, yang gaji naek tuh! haha. So, kene lah buat medical check-up dan angkat sumpah.
Future to be.
Alkisahnya, ayah aku dah mintak cuti untuk hantar aku ke hospital. Maybe excited nak halau anak dia dari rumah, habeskan beras je -_____- Sharp pukul 7.30 ayah aku dah bunyi kan hon, memang dah kasi amaran awal-awal, bangon awal. Kalau tak ready memang nak kene la, lecture 24jam !
Okay, sebenarnya kami satu family memang jarang lah pegi hospital kerajaan. Dari kecik hingga aku dah nak keje, memang akan pergi klinik panel ayah aku atau hospital swasta. So, ayah aku engat 'first come first serve'. Haha, memang tak duduk diam ayah aku. Mana takya,keluar dari rumah pukul 7.30, pukul 7.45 da tercongok. Last-last pukul 11 baru dengar suara lelaki garau, berpangkat MA memangil nama aku, Maisarah, Cik Maisarah. Waktu tu rasa nak pitam, satu badan naek angin sebab perut kosong dah msok angin. Lepas nieh, aku tak nak ikot cakap ayah aku dah, menyesal :'(
Rupanya, tak sampai 1 jam dah siap menatang kat atas tuh -____-. Orang laen yang buat Medical check-up (kebanyakkan yang nursing) sume pelik tanya aku datang pukul berapa. Malu! Yang datang lambat, pukul 10 yang siap dulu, memang tidak adil, tidak adil.
Dalam pada aku tunggu 3 jam dek kerana naif tentang hospital kerajaan, al maklumlah, praktikal pon kat swasta, aku borak-borak dan tanya pasal hospital. Dukacitanya, aku memalukan diri dengan akak yang bakal jadi JM, "akak, OPD itu apa?" Hahaha. pejam celik pejam celik jugak akak itu. "outpatient department, adek". Arggghh! memaulukan, So, dia telah memberikan pengajaran khas untuk aku. "adek, yang pakai kasut hitam dan seluar putih itu PPK bukan MA"."PPK itu apa akk!" Owh, kenapalah dunia ini terlalu kejam. Tak nampak beza pon!
Dear KKM, adakah anda menyesal melantik saya?